Melaka Sentral Sdn Bhd (343577 V) dahulunya dikenali sebagai Kumpulan
Melaka Development Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 9hb Februari 2004.
Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Melaka ("Pihak Kerajaan"), telah melantik dan
memberi kuasa kepada Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) untuk mengurus dan mentadbir lima (5) bangunan utama iaitu Terminal, Bazar, Pasar dan
Medan Selera 1 dan Medan Selera 2.

MSSB mempunyai lima belas (15) kakitangan yang terlatih bagi mengurus dan mentadbirkan syarikat. Terdapat tiga (3) jabatan utama di dalam pentadbiran Melaka Sentral Sdn Bhd, iaitu :

i. Jabatan Promosi Dan Pemasaran
ii. Kejuruteraan Dan Keselamatan
iii. Jabatan Sumber Manusia dan Perakaunan

copyright © melaka sentral 2006